Angkatan Pertahanan Awam Malaysia buka kekosongan terkini: Gaji RM2,081 – RM9,547

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PERTAHANAN AWAM – GRED KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Pertahanan Awam
  • Kekosongan: 8
  • Simpanan: 20
  • Gaji: RM2,081 – RM9,547
  • Kenaikan tahunan: RM225

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00).
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Bidang tugas

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di sistem SPA9, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 15 SEPTEMBER 2021, RABU (11.59 malam).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…