Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selain makanan dan pakaian. Ia bukan sekadar tempat berlindung daripada hujan, panas matahari atau ancaman luar, tetapi juga menjadi ruang yang memberikan rasa selamat, selesa dan tenang kepada setiap individu.
Dalam erti kata lain, rumah adalah asas bagi pembentukan kehidupan yang stabil, di mana seseorang dapat membina keluarga, mengatur kehidupan harian, serta membentuk identiti dan jati diri. Tanpa rumah, kehidupan seseorang boleh menjadi tidak teratur, terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan, keselamatan dan sosial.
Keperluan rumah bukan sahaja berkait dengan fungsi fizikal, tetapi juga membawa makna yang lebih mendalam. Rumah adalah tempat lahirnya kasih sayang, tempat keluarga berkumpul, serta ruang untuk mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga.
Dari sudut psikologi, rumah yang selesa dapat membantu meningkatkan emosi dan kesejahteraan mental, kerana ia memberikan rasa kepunyaan dan kestabilan yang sukar diperoleh di tempat lain. Oleh itu, memiliki rumah sendiri sering dianggap sebagai pencapaian penting dalam kehidupan seseorang.
Dalam konteks masyarakat moden, keperluan rumah semakin menonjol apabila kadar urbanisasi meningkat dan kos sara hidup semakin tinggi. Ramai individu dan keluarga berusaha keras untuk memiliki kediaman sendiri, kerana ia dilihat bukan hanya sebagai keperluan asas, tetapi juga aset masa depan.
Rumah boleh menjadi pelaburan yang memberi jaminan kewangan, selain menjadi simbol kestabilan hidup. Secara keseluruhannya, rumah adalah elemen penting yang bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan sosial, emosi dan ekonomi dalam kehidupan manusia.
Dalam masa sama, terdapat juga program dari pihak Kerajaan bagi menyediakan kediaman kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah melalui Program Perumahan Rakyat atau PPR.
Program Perumahan Rakyat (PPR)
Program Perumahan Rakyat atau PPR adalah sebuah program Kerajaan bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR ini terdiri daripada 3 kategori iaitu PPR Disewa, PPR Dimiliki dan PPR Siap Dibina.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenanaan setiap kategori itu:
PPR Disewa
Program PPR Disewa adalah sebuah program yang diperkenalkan pada bulan Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan).
Syarat-syarat kelayakan PPR Disewa adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
PPR Dimiliki
PPR Dimiliki pula merupakan rumah yang dibina bagi tujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dini ijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Syarat-syarat kelayakan PPR Dimiliki adalah:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
PPR Siap Dibina
PPR Siap Dibina pula adalah maklumat berkenaan dengan projek-projek PPR yang telah siap dibina oleh pihak Kerajaan. PPR ini kemudiannya akan dibuka untuk permohonan sama ada untuk tujuan disewa atau dimiliki.
Ciri-Ciri Rumah PPR
Ciru-ciri rumah PPR adalah pertama adalah dibina secara bertingkat (antara 5 hingga 18 tingkat) bagi di kawasan-kawasan bandar. Manakala, di kawasan-kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.
Keluasannya adalah ttidak kurang daripada 700 kaki persegi dan dibina dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur dan 2 Bilik Air. Ia juga mempunyai kemudahan asas seperti:
- Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai;
- Surau / Ruang Solat;
- Gerai Makan / Ruang Niaga;
- Tadika;
- Kemudahan OKU;
- Taman Permainan / Kawasan Lapang;
- Rumah Sampah.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon Rumah PPR
Bagi permohonan rumah PPR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN). Maklumat lanjut berkenaan dengan Rumah PPR juga boleh dipanjang dengan menghubungi Bahagian Perancangan Perumahan seperti berikut:
- 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
- 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak);
- 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu).
Maklumat lanjut turut boleh dirujuk di Portal TEDUH Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – DI SINI.





