Apa itu Perlindungan Tenang? Dan ini cara menebus baucar RM50 untuk golongan B40

Dalam usaha membantu rakyat Malaysia khususnya golongan B40 mendapat perlindungan insurans, kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Program Baucar Perlindungan Tenang.

Melalui program ini, baucar RM50 akan iberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak, bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Cara Semak Kelayakan

Jika anda tergolongan dalam golongan B40 dan merupakan penerima BPR, semakan kelayakan Perlindungan Tenang boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal MyPTV atau KLIK SINI.
  • Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
  • Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

 

Selain itu, ia juga boleh disemak dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans/pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.

Cara Menebus Baucar

Ketika ini, terdapat dua kaedah utama untuk menebus Baucar Perlindungan Tenang iaitu:

Menebus baucar untuk pembelian produk atas talian

  • Langkah 1: Layari portal MyCoverage atau KLIK SINI.
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

 

Menebusan dan pembelian di kaunter

  • Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
  • Anda bagaimanapun disarankan untuk meneliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Baucar dinaikkan kepada RM75

Untuk makluman, seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022 – pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah Baucar Perlindungan Tenang kepada RM75.

Ia dijangka akan mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2022, selaras dengan pelaksanaan Bajet 2022.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan program ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…