Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu institusi kewangan terpenting di Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan simpanan persaraan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Ditubuhkan dengan tujuan memastikan rakyat Malaysia mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua, KWSP berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan selepas bersara.
Setiap bulan, pekerja dan majikan wajib mencarum ke dalam akaun KWSP berdasarkan kadar yang ditetapkan. Simpanan ini kemudiannya boleh digunakan selepas mencapai umur persaraan atau dalam situasi tertentu seperti pembelian rumah, perbelanjaan kesihatan, dan pendidikan. Selain itu, KWSP juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dividen tahunan yang membantu ahli mengembangkan simpanan mereka secara konsisten.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KWSP menjadi topik perbincangan hangat terutama selepas kerajaan memperkenalkan beberapa skim pengeluaran khas bagi membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi. Walaupun langkah ini memberikan kelegaan kewangan jangka pendek, ia juga menimbulkan kebimbangan tentang jumlah simpanan persaraan yang mencukupi.
Bagi memastikan simpanan persaraan mencukupi, setiap ahli perlu memahami cara mengurus akaun KWSP mereka dengan lebih bijak, termasuk memilih pelan pelaburan yang sesuai dan merancang kewangan secara strategik. Dalam artikel ini, kita akan mengupas lebih lanjut mengenai kepentingan KWSP, manfaatnya, serta langkah terbaik untuk mengoptimumkan simpanan persaraan anda.
Dividen KWSP 2024
Pada 1 Mac 2025, pihak KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion bagi simpanan tahun 2024.
Dengan jumlah itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP telah mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat sebanyak 11% berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023. Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut.
Dalam masa sama, aset pelaburan KWSP pula mencapai RM1,249.71 bilion iaitu naik sebanyak 10% daripada RM1,135.82 bilion pada 2023. Peningkatan ini didorong oleh pendapatan portfolio yang kukuh serta jumlah caruman bersih sebanyak RM108.22, naik 11% daripada RM97.56 bilion pada 2023.
“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1% (2023: 3.6%) dengan pasaran saham menunjukkan kekuatan yang ketara. Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak +12.9% (2023: -2.7%) dan memuncak pada 1,678.80 mata pada Ogos, paras tertinggi sejak Disember 2020.
“Prestasi global pula bercampur-campur, mencerminkan keadaan ekonomi yang berbeza mengikut rantau. Bank-bank pusat di seluruh dunia mengekalkan kadar faedah yang agak tinggi bagi membendung tekanan inflasi daripada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kadar faedah yang lebih tinggi lazimnya menekan penilaian ekuiti, ia juga mencipta peluang pelaburan dalam pendapatan tetap, memberi kesan bercampur kepada pasaran saham,” petikan dari Kenyataan Rasmi KWSP.
Pengeluaran KWSP Akaun 2
Terdapat pelbagai pekara yang membenarkan pengeluaran KWSP dari Akaun 2 atau Akaun Sejahtera. Ini adalah senarai pengeluaran yang dibenarkan:
1. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pihak KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan dari Akuan 2 KWSP bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Jenis rumah kediaman yang dibenarkan adalah banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
2. Pengeluaran Pendidikan
Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera bagi membiayai pendidikan untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan/atau ibu bapa di institusi yang diluluskan, sama ada di dalam atau luar negara. Kadar yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan atau keseluruhan simpanan dalam Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).
3. Pengeluaran Beli Rumah
Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka dengan lebih selesa, KWSP membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari Akaun Sejahtera untuk membiayai pembelian rumah. Antara syaratnya adalah ahli mempunyai baki minima RM500 dalam Akaun Sejahtera; Pinjaman yang diluluskan dari institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
4. Pengeluaran Kesihatan
Bagi membantu ahli yang menghadapi masalah kesihatan, KWSP telah membenarkan pengeluaran sebahagian dari Akaun Sejahtera sebagai usaha untuk menampung kos perubatan bagi penyakit yang diluluskan, peralatan kesihatan, dan rawatan kesuburan. Bagi pembelian peralatan perubatan dan/atau ubat- ia hendaklah apa yang disarankan oleh doktor (secara bertulis).
5. Pengeluaran Haji
Bagi ahli yang beragama Islam dan merancang untuk mengerjakan ibadat haji. Mereka boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Apa yang boleh dikeluarkan adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).
Cara Membuat Pengeluaran
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan hendak membuat pengeluaran. Ia boleh dibuat secara atas talian melalui Aplikasi i-Akaun KWSP.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat di cawangan-cawangan KWSP terdekat dengan mengisi borang permohonan.
Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.