ASNB akan tangguhkan urus niaga beberapa hari: Ini sebab & kesannya yang semua kena tahu

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979.

Dua produk utama ASNB adalah Amanah Saham Harga Tetap iaitu ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit dan Amanah Saham Harga Berubah yang harga seunit berubah setiap hari bergantung kepada Nilai Aset Bersih (NAB) setiap tabung.

Akan tetapi, pada 25 Mei 2022 lalu – pihak ASNB telah mengeluarkan pengumuman penting berkenaan penangguhan sementara urus niaganya selama 4 hari bermula dari 04 hingga 07 Jun 2022.

Migrasi Sistem Baharu ASNB

Penangguhan sementara urus niaga ini adalah kerana ASNB akan memindahkan sistem operasinya ke sistem baharu, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelaburnya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sebarang urus niaga ASNB sepanjang 04 hingga 07 Jun itu, akan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali untuk ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal iaitu pada 02 Jun 2022.

Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 08 Jun 2022.

Makanya, pelabur ASNB disarankan membuat perancangan keperluan tunai lebih awal dan membuat transaksi pelaburan atau pengeluaran sebelum tarikh penangguhan untuk mengelakkan sebarang kesulitan ketika penangguhan ini berlangsung.

Dimaklumkan juga bahawa pengeluaran secara dalam talian ASNB hanya boleh dibuat melalui Portal MyASNB dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga kali dalam sebulan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan penangguhan ini, sila rujuk di portal rasmi ASNB atau baca kenyataan rasmi DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…