ASWARA buka kekosongan jawatan terkini: Gaji RM2,000 ~ tarikh tutup 14 Julai 2021

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di ASWARA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pegawai Personel MySTEP

  • Penempatan: Bahagian Teknologi Maklumat, ASWARA
  • Kadar upah: RM2,000
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Kemudahan: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan PERKESO.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN
    • Mempunyai asas sebagai pengaturcara sistem dan berkemahiran di dalam bahasa pengaturcaraan PHP atau ASP, MySQL dan SQL.
    • Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik;
    • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan baik;
    • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft Word dan Excel.

Bidang tugas

  • Membantu penganalisis dan pembangunan sistem dalam menghasilkan reka bentuk sistem;
  • Melaksanakan penyediaan rumusan tentang spesifikasi dan keperluan asas dalam pembangunan sistem;
  • Mengubah spesifikasi dan rekabentuk perisian kepada aturcara kefungsian yang berkualiti dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian;
  • Melaksanakan integrasi antara sistem yang berlainan bagi pengwujudan pangkalan data berpusat;
  • Membuat ujian terhadap aturcara secara berkala bagi memastikan sistem berjalan lancar dan melakukan debugging jika perlu;
  • Melakukan operasi naik taraf kepada versi terkini bagi memastikan perisian dan sistem lebih efisien dan terjamin keselamatannya; dan
  • Menghasilkan dokumen bagi tujuan manual pengguna dan manual teknikal untuk rujukan pentadbir sistem.

Cara memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Borang Perjawatan ASWARA (KLIK SINI) dan disertakan bersama (dokumen yang disahkan):

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan
  • Resume
  • Dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan ditulis di sebelah kiri sampul surat nama jawatan dipohon kepada:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 2001 / 5940 / 5938

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Iklan jawatan rasmi boleh dirujuk DI SINI – PDF.

Tarikh tutup permohonan pada 14 JULAI 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon Bantuan BWE

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon Bantuan BWE

Warga emas adalah aset berharga dalam sesebuah masyarakat. Mereka bukan sahaja menjadi saksi perjalanan kemajuan negara, tetapi juga penyimpan tradisi,…
STR Fasa 1 Dikreditkan Ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN: Jumlah Bayaran Untuk Setiap Kategori

STR Fasa 1 Dikreditkan Ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN: Jumlah Bayaran Untuk Setiap Kategori

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan masyarakat yang unik. Dalam konteks ekonomi, rakyat Malaysia lazimnya dikategorikan…