ASWARA buka kekosongan jawatan terkini: Gaji RM2,000 ~ tarikh tutup 14 Julai 2021

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di ASWARA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pegawai Personel MySTEP

  • Penempatan: Bahagian Teknologi Maklumat, ASWARA
  • Kadar upah: RM2,000
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Kemudahan: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan PERKESO.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN
    • Mempunyai asas sebagai pengaturcara sistem dan berkemahiran di dalam bahasa pengaturcaraan PHP atau ASP, MySQL dan SQL.
    • Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik;
    • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan baik;
    • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya bagi perisian asas seperti Microsoft Word dan Excel.

Bidang tugas

  • Membantu penganalisis dan pembangunan sistem dalam menghasilkan reka bentuk sistem;
  • Melaksanakan penyediaan rumusan tentang spesifikasi dan keperluan asas dalam pembangunan sistem;
  • Mengubah spesifikasi dan rekabentuk perisian kepada aturcara kefungsian yang berkualiti dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian;
  • Melaksanakan integrasi antara sistem yang berlainan bagi pengwujudan pangkalan data berpusat;
  • Membuat ujian terhadap aturcara secara berkala bagi memastikan sistem berjalan lancar dan melakukan debugging jika perlu;
  • Melakukan operasi naik taraf kepada versi terkini bagi memastikan perisian dan sistem lebih efisien dan terjamin keselamatannya; dan
  • Menghasilkan dokumen bagi tujuan manual pengguna dan manual teknikal untuk rujukan pentadbir sistem.

Cara memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Borang Perjawatan ASWARA (KLIK SINI) dan disertakan bersama (dokumen yang disahkan):

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan
  • Resume
  • Dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan ditulis di sebelah kiri sampul surat nama jawatan dipohon kepada:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 2001 / 5940 / 5938

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Iklan jawatan rasmi boleh dirujuk DI SINI – PDF.

Tarikh tutup permohonan pada 14 JULAI 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…