BAJET 2023: Kerajaan naikkan Bantuan BKM sehingga RM3,000 untuk rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam ucapannya, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan semula Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2023.

Menurut kenyataannya, isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak menerima BKM RM2,500.

Manakala, bagi isi rumah sehingga empat anak, layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 pula, BKM yang diberikan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang juga akan menerima BKM masing-masing dengan kadar RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan bantuan BKM Tambahan RM500 kepada Ibu/Bapa Tunggal yang menjadikan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM3,000 berdasarkan kelayakan bilangan anak.

BKM pada asasnya adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan BKM, ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…