Bank Negara Malaysia (BNM) buka kekosongan jawatan Konstabel: Minima SPM & ini cara memohon

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah sebuah badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959 dan tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan BNM adalah menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, BNM turut memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Disamping itu, BNM sehingga hari ini kekal sebagai pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara, selain menguruskan rizab antarabangsa negara.

Selaras dengan peranannya itu, kini BNM mempelawa mereka yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai KONSTABEL (UNIT KHAS) DAN KONSTABEL di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi.

Syarat-syarat kelayakan am adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 28 tahun.
  • Sihat tubuh badan, mempunyai deria penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal.
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.

 

Syarat kelayakan bagi Konstabel (Unit Khas):

  • Diploma dalam bidang Elektrik/Elektronik/Mekanikal/Sains/Kejuruteraan/Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00; DAN
  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.

 

Syarat kelayakan bagi Konstabel:

  • Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.

 

Ukuran badan dan saiz fizikal:

Bagi permohonan jawatan, calon juga perlu memenuhi syarat ukuran badan dan saiz fizikal seperti mana yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165cm (lelaki) dan 163cm (wanita).
  • Berat badan minimum: 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita).
  • Ukuran dada (lelaki): Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86cm (semasa menarik nafas).
  • Indeks Jisim Badan (BMI), antara 19 hingga 26.
  • Syarat penglihatan: Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

 

Manfaat dan cara memohon:

Bagi jawatan-jawatan yang dibuka ini, beberapa manfaat juga disediakan kepada mereka yang terpilih nanti, antaranya:

  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif.
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan.
  • Kemudahan rawatan perubatan.
  • Kemudahan rawatan pergigian.
  • Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan.
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya.
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Untuk permohonan jawatan pula, pemohon perlu mengisi borang permohonan secara atas talian di PAUTAN INI.

Hanya calon yang bekelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh mengemukakannya secara e-mel kepada – [email protected].

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 APRIL 2021

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…