Bank Rakyat buka kekosongan jawatan terkini ~ Lulusan baru digalakkan memohon

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Bank Rakyat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Eksekutif, Pusat Panggilan
  2. Ketua, Prestasi Korporat

Syarat-syarat kelayakan

Eksekutif, Pusat Panggilan

  • Ijazah yang diiktiraf dalam Perbankan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam atau setaraf dan memperoleh sekurang-kurangnya:
    • PNGK 3.00 ke atas (Perakaunan & Kewangan).
    • PNGK 3.25 dan ke atas (berkaitan dengan Perbankan).
  • Lulusan baru digalakkan memohon

 

Ketua, Prestasi Korporat

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda minimum dalam Pentadbiran Perniagaan / Kewangan / Ekonomi atau disiplin lain yang berkaitan.
  • Pengalaman minimum sepuluh (10) tahun dalam Prestasi Korporat atau bidang lain yang berkaitan.
  • Kemahiran dalam Microsoft Office terutamanya PowerPoint dan Excel.
  • Kemahiran komunikasi, organisasi, analitik dan numerik yang sangat baik.
  • Membina kepercayaan dan menunjukkan integriti dalam semua keadaan.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…