Bank Rakyat sebelum ini ada memperkenalkan satu skim pinjaman yang dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta. Pembiayaan ini diperkenalkan khas untuk para kakitangan swasta yang mahu membuat pinjaman peribadi dari bank berkenaan.
Menariknya, skim ini juga melalui pelan pinjaman Islamik tidak bercagar. Dengan itu, para peminjam tidak perlu mengemukakan penjamin atau menyediakan cagaran bagi memohon skim ini.
Amaun pembiayaan yang ditawarkan pula adalah sehingga RM150,000 bergantung kepada kelayakan yang ditetapkan. Bagi tempoh pembiayaan, terdapat dua kategori yang disediakan iaitu:
Berikut adalah kelayakan permohonan yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :
- Berjawatan tetap RM2,000 dan ke atas
- Berjawatan kontrak RM8,000 dan ke atas
Kelayakan pembiayaan:
CARA BAYARAN ANSURAN | PENDAPATAN | KELAYAKAN |
---|---|---|
|
RM 2,000 – RM 4,000 | 15 kali gaji kasar sebulan |
RM 4,001 – RM 6,000 | 20 kali gaji kasar sebulan | |
Melebihi RM 6,000 | 25 kali gaji kasar sebulan | |
Pembayaran Secara Elektronik | RM 1,000 – RM 5,000 | 5 kali gaji kasar sebulan |
RM 5,001 – RM 10,000 | 8 kali gaji kasar sebulan | |
Melebihi RM 10,000 | 10 kali gaji kasar sebulan |
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji 3 bulan terakhir
- Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
- Penyata KWSP
- Sekurangnya satu daripada berikut:
- Surat Pengesahan Majikan
- Borang EA
- Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN
Fi dan caj pembiayaan:
Cara permohonan:
Bagi yang berminat dan berkelayakan, pemohon boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat bagi mengemukakan permohonan. Permohonan juga boleh dibuat di laman RinggitPlus.
_________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021