Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah Bantuan Am Kerajaan yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan yang memerlukan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Am Kerajaan
Di bawah JKM, terdapat pelbagai bantuan yang telah diperkenalkan dan antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri.
Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula adalah berdasarkan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Objektif bantuan ini adalah bagi membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam Wilayah Persekutuan.
Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.