Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan Am Persekutuan
Salah satu bantuan kewangan bulanan di bawah JKM adalah Bantuan Am Persekutuan. Bantuan ini melibatkan kadar kewangan minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.
Tujuan utamanya adalah untuk membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Wilayah Persekutuan terdekat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.