bantuan am

Bantuan Am Persekutuan RM350 dikreditkan setiap bulan: Senarai yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Am Persekutuan

Melalui JKM, sebuah bantuan telah diperkenalkan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan. Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat (di Wilayah Persekutuan) terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…