Bantuan Am Persekutuan sehingga RM350/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan yang diberikan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM100/sebulan seorang dan maksimum RM350/sebulan sekeluarga.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

 

Boleh rujuk tentang syarat-syarat dengan lebih terperinci di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan (KLIK SINI untuk borang permohonan atau dapatkan di Pejabat JKM).

Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon turut dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM.

Bagaimanapun, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…