Permohonan Bantuan ANIS RM5,000 ‘one-off’ dibuka sehingga 31 Mei 2022: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya melalui sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Anak Istimewa Selangor (ANIS) – yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 lagi.

Melalui ANIS, keluarga yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM5,000 secara ‘one-off’ dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Objektif ANIS

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU. Antara objektifnya adalah:

  • Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon;
  • Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas/mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU;
  • Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu/bapa/penjaga salah seorang Pengundi Selangor;
  • Ibu/bapa/penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah;
  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  • Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; Atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berikut pula adalah jenis-jenis bantuannya:

  • Makanan/keperluan tambahan
  • Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin
  • Ubat-ubatan
  • Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan ANIS boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi ANIS. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti yang dinyatakan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan;
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU;
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan);
  • Salinan Kad Pengenalan Anak OKU;
  • Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU);
  • Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja);
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor);
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU);
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR.

 

Dan dihantar ke alamat: Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup permohonan ANIS adalah pada 31 MEI 2022, SELASA (4 petang).

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan ANIS boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…