Asuh Pintar

Bantuan Asuh Pintar RM100 setiap bulan untuk keluarga B40 diteruskan: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Asuh Pintar dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang akan diteruskan pada tahun hadapan melalui Belanjawan 2023 Selangor.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar Asuh Pintar

Bantuan ini pada asasnya merupakan inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi setiap anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia;
    • Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
    • Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu Mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
  • Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM5,000 ke bawah;
  • Suami dan Isteri Berkerja;
  • Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah;
  • Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja;
  • Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
  • Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Asuh Pintar boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Asuh Pintar.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem;
  • Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor);
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

 

Dokumen itu kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Dimaklumkan juga bahawa tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Contohnya permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk DI SINI, manakala maklumat lebih tepat berkenaan Belanjawan Selangor 2023 DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…