Bantuan Awal Persekolah dinaikkan kepada RM150: Had gaji ibu bapa & cara pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan penambaikan telah diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lalu.

Antaranya adalah dengan meningkatkan nilai Bantuan Awal Persekolah (BAP) kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini. Bantuan ini nanti akan memanfaatkan tiga juta murid yang layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.

Pada asasnya, BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Kriteria Kelayakan

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan merupakan pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

Kaedah Pembayaran

Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

 

Murid yang terlibatkan kemudiannya hanya perlu mengambil bantuan kewangan ini dari sekolah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…