Bantuan baik pulih & bina rumah baru: Syarat-syarat & cara memohon program Sayangi Rumahku

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan program Sayangi Rumahku iaitu sebuah bantuan infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih.

Melalui program ini, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh menerima bantuan sama ada baik pulih rumah atau bina rumah baru. 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan / waris.
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

Kategori rumah

Baik Pulih Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

 

Bina Rumah Baru 

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi
  • untuk dibaiki.
  • Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga – KLIK SINI untuk lihat.

Cara memohon

Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan BORANG PERMOHONAN di:

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

 

Borang permohonan juga boleh dimuat turun DI SINI bagi memudahkan urusan pemohon. Borang dan dokumen yang lengkap seterusnya perlu dihantar ke:

1. Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-255 2929
No. Faks : 05-253 1701

 

2. Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak
No. Telefon : 05-246 0998
No. Faks : 05-246 0937

Untuk maklumat program secara lebih terperinci, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…