Bantuan Bakul Prihatin Negara masih dibuka ~ Berikut cara – cara mendapatkannya

Salah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan ketika ini adalah bantuan barang dapur melalui progran Bakul Prihatin Negara bagi membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bakul yang setiap darinya mengandungi:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

Syarat Kelayakan

Berdasarkan kenyataan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya mereka terjejas pendapatan sepanjang pandemik.

Kaedah penyampaian bantuan

Selepas mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Dalam masa sama, setiap keluarga juga hanya layak menerima satu bakul sahaja. Bagaimanapun, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Cara Memohon

Sehingga ke hari ini, pelbagai kaedah permohonan telah diperkenalkan oleh pihak JKM, antaranya seperti:

  • Talian Kasih: 15999
  • Whatsapp: 019-2615999
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri

 

Bagi senarai No Bilik Gerakan JKM Negeri, boleh dirujuk DI SINI.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bakul Prihatin Negara, boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…