bap

Bantuan BAP RM150 secara ‘one-off’ dibayar bulan ini (Januari 2024): Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2024 yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP). Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan BAP RM150

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan tujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam persiapan anak-anak kembali ke sekolah.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 dan akan diberikan secara ‘one-off’ kepada yang layak. Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Oleh hal demikian, setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 seorang. Sekiranya sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, makanya mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), BAP akan melibatkan peruntukan sebanyak RM788,130,000 dan akan mula dibayar pada bulan Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing.

Cara pembayaran pula adalah secara tunai atau kredit terus ke akaun murid.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” petikan kenyataan KPM.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah menaikkan peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Elaun murid berkeperluan khas turut ditingkatkan dengan peruntukkan RM199 juta berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2024, boleh rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…