Bantuan BAP

Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan sokongan kewangan, yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, warga emas, dan pelajar.

Inisiatif bantuan ini juga memainkan peranan penting dalam menangani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat dan menyediakan sokongan sewajarnya kepada mereka yang terkesan oleh pelbagai faktor ekonomi.

Selain itu, terapat juga bantuan yang turut merangkumi sokongan untuk golongan usahawan kecil dan sederhana, bagi menghargai peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negara. Dengan adanya bantuan kerajaan, diharapkan kesejahteraan hidup rakyat dapat ditingkatkan dan keadilan sosial dapat dipertahankan, demi mewujudkan masyarakat yang lebih makmur dan stabil.

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP). Berikut merupakan penjelasan tentang bantuan bulanan JKM ini: –

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah skim bantuan secara bulanan di bawah Bantuan Anak Pelihara atau BAP. Bantuan ini mempunyai tujuan utama iaitu bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim atau yatim piatu, serta yang tidak mempunyai saudara-mara, agar mereka dapat terus hidup dalam masyarakat bersama keluarga angkat.

Usaha ini juga bertujuan untuk meringankan beban keluarga angkat yang sanggup menjaga anak-anak peliharaan seperti anak kandung sendiri.

Jumlah BAP yang ditetapkan sebanyak RM250 (minima) sebulan seorang kanak-kanak dan RM500 (maksima) sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan BAP

Keluarga yang sedang menjaga anak atau kanak-kanak dalam kategori berikut:

  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa;
  • Kanak-kanak itu tidak diambil sebagai anak angkat di bawah Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil daripada ‘Program Anak Pelihara’ yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah untuk Kanak-Kanak menurut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Memohon

Bagi permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini, ia boleh dikemukakan di pejabat-pejabat JKM terdekat. Bagaimanapun, syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan wajib dipenuhi.

Pemohon turut perlu membawa dokumen-dokumen sokongan semasa ke pejabat JKM seperti mana senarai berikut:

  • Kad Pengenalan (MyKad) pemohon;
  • Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran (surat beranak) anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (sekiranya ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Setiap permohonan yang diterima bakal disiasat bagi penilaian (means-tested) untuk mengesahkan kelayakan pemohon terhadap bantuan. Proses ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan, bukan hak.

Maklumat yang jelas dan telitis sila layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada tahun 1946. Sepanjang tempoh 76 tahun, JKM telah melalui pelbagai evolusi dalam memenuhi tanggungjawabnya terhadap pembangunan negara.

Peranan Jabatan ini telah berkembang kepada penyediaan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai agensi kerajaan yang penting dalam pembangunan sosial, JKM telah ditempatkan di bawah beberapa Kementerian.

Objektifnya pula merangkumi:

  • Meningkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti, dan daya inovasi pekerja dalam sektor kebajikan;
  • Memperkuat keupayaan serta memberi nafas baharu kepada organisasi;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan;
  • Memperluas jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik sama ada di dalam atau luar negara; dan
  • Membudayakan semangat patriotisme, nilai-nilai murni, etos, serta integriti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai jawatan ditawarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): Gaji sehingga RM9,643

Pelbagai jawatan ditawarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): Gaji sehingga RM9,643

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebuah badan berkanun Kerajaan. Pada ketikan ini, LLM sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan…
Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Secara umumnya, e-Wallet, atau e-Dompet adalah aplikasi atau perkhidmatan digital yang membolehkan pengguna menyimpan, menghantar dan menerima wang secara elektronik…
Pengambilan jawatan kosong Tabung Haji sesi Oktober 2024: Syarat-syarat & cara memohon

Pengambilan jawatan kosong Tabung Haji sesi Oktober 2024: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Tabung Haji (TH) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi…