bap

Bantuan BAP RM500 dibayar setiap bulan tahun 2023: Semak kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BAP

BAP atau Bantuan Anak Pelihara ialah sebuah bantuan kewangan yang berobjektif untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bantuan ini turut bertujuan bagi meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Bagi mereka yang berkelayakan, mereka boleh menerima BAP dengan kadar minimum RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan borang permohonan, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…