Bantuan barang dapur Bakul Prihatin Negara: Syarat – syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat hambatan pandemik yang masih belum reda, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program Bakul Prihatin Negara.

Melalui program, ia akan membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM21 juta.

Antara barang dapur yang akan terdapat dalam Bakul Prihatin Negara adalah:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

 

Syarat-syarat kelayakan

Berdasarkan Soalan Lazim Bakul Prihatin Negara yang diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan ini akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak akibat terjejas pendapatan sepanjang pendemik yang melanda.

Berkenaan dengan bilangan bakul yang akan diterima, ia adalah satu (1) bagi setiap keluarga yang layak.

Bagaimanapun, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan lebih dari satu (1) bakul bagi kes-kes tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Cara memohon

Berdasarkan kenyataan JKM, terdapat empat (4) kaedah bagi memohon Bakul Prihatin Negara:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri (senarai No Tel Bilik Gerajan JKM setiap Negeri – KLIK SINI);
  2. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-2615 999;
  3. Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
  4. Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.

 

Untuk maklumat secara terperinci berjenaan Bakul Prihatin Negara, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…