bil air

Bantuan Bil Air Percuma sehingga akhir tahun 2024: Senarai penuh yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan Bil Air Percuma yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Bil Air Percuma

SADE pada asasnya merupakan bantuan Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu. Dimaklumkan bahawa, bagi semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak, mereka akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonannya juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan dan menghantarnya ke alamat e-mel: [email protected] atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…