bil air

Bantuan Bil Air Percuma sehingga akhir tahun 2024: Senarai penuh yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan Bil Air Percuma yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Bil Air Percuma

SADE pada asasnya merupakan bantuan Bil Air Percuma sebanyak 20 meter padu. Dimaklumkan bahawa, bagi semua penerima rebat sedia ada dan pemohon baru SADE yang layak, mereka akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonannya juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan dan menghantarnya ke alamat e-mel: iprair@airselangor.com atau melalui Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan SADE dan borang permohonan, boleh rujuk – DI SINI.  Manakala, permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini sedang membuka…
Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…