Bantuan Bil Elektrik RM40 sampai akhir tahun ini: Berikut cara semak kelayakan & memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program Rebat Bil Elektrik RM40 kepada mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini: –

Bantuan Bil Elektrik

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak.

Secara ringkasnya, pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM);
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2019 sehingga tahun 2021;
  • Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun;
  • Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rebat ini boleh dibuat melalui cawangan TNB, SESB atau SEB yang terdekat untuk mengemaskini nombor akaun bil elektrik.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik.

Maklumat lebih teliti berkenaan cara pelaksanaannya boleh dirujuk di portal sama – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…