Bantuan Bina & Baiki rumah untuk golongan B40: Cara memohon Program Sayangi Rumahku

Dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Sayangi Rumahku.

Melalui program bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan sama ada – baik pulih atau bina baru rumah, tanpa sebarang bayaran.

Berikut adalah penjelasan berkenaan program ini: –

Skop Bantuan

  • Baik Pulih
    • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
    • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
  • Bina Baru Rumah
    • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin;
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak;
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung;
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru);
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain;
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih).

Dokumen-dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan / waris.
  • Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohonan, ia boleh dikemukakan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di:

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
  • Muat Turun secara atas talian – DI SINI.

 

Borang lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan kemudiannya hendaklah dihantar ke:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-255 2929
No. Faks : 05-253 1701

Maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan program bantuan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…