bkp

Bantuan BKP RM300 akan dibayar hujung bulan ini: Semak kelayakan & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

BKP RM300

Pada September 2023 ini, pihak Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300.

Bantuan Khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan, berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong bertarikh 5 September 2023.

Pembayaran BKP juga diberikan kepada para penjawat awam dari kalangan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa pesara kerajaan negeri turut layak menerima bayaran BKP sebanyak RM200 yang telah pun diberikan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

:BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling itu.

Tarikh Pembayaran

BKP akan mula dibayar kepada yang layak pada 25 September 2023 nanti secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Sumber: Sabah Media.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…