Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah BKPKK yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan BKPKK
BKPKK pada asasanya merupakan singkatan kepada Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Bantuan ini melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan untuk dua semester pengajian. Disebabkan satu semester selama 6 bulan, maka bagi 2 semester akan melibat jumlah keseluruhan BKPKK sebanyak RM3,600.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Dimaklumkan juga bahawa pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini untuk sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Maklumat lengkap tentang BKPKK – boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan – DI SINI.