bantuan bkpkk

Bantuan BKPKK RM3,600 setahun: Maklumat Penerima, Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah BKPKK yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan bertujuan untuk kebajikan pelajar ini diperkenalkan di bawah Kementerian Pendidikan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan BKPKK RM3,600 setahun

Untuk makluman, BKPKK adalah singkatan bagi Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti. Bantuan ini diperkenalkan dengan objektif untuk membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas sekolah menengah.

Oleh itu, BKPKK  diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan selama dua semester. Oleh kerana, satu semester adalah selama 6 bulan, makanya dua semester adalah setahun dengan jumlah keseluruhan BKPKK sebanyak RM3,600 setahun.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan BKPKK

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan BKPKK ini boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Akan tetapi, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini bagi sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan BKPKK pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Untuk keterangan lanjut berkenaan bantuan ini,  sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Maklumat lengkap tentang BKPKK juga boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Kolej Komuniti adalah sebuah badan pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti di Malaysia diletakkan di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan pengajian peringkat diploma, sijil dan Sijil Kemahiran Khas.

Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007.

Konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen telah dipersetujui pihak Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Akan tetapi, pada 2005 pihak Jemaah Menteri telah menimbang semula konsep tersebut dan bersetuju agar penubuhan kolej komuniti berdasarkan keperluan kawasan setempat.

Menjelang tahun 2007, Jemaah Menteri bersetuju agar kolej komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…