bantuan bmt

Bantuan BMT dinaikkan dari RM600 ke RM800: Dibayar 4 kali & ini tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui BMT yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan BMT

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Malah, pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat
membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak empat kali atau empat bulan.

Berdasarkan maklumat dari Ringkasan Belanjawan 2023 – pembayaran pembayaran BMT ini akan dibuat pada bulan November, Disember, Januari dan Februari.

Selain itu, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah dengan menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…