Dibayar 2 Fasa untuk tahun 2022: Ini mereka yang layak & cara memohon bantuan BMT RM600

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan daripada RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM600 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia;
  • Pemohon adalah pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat di atas, permohonan BMT boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem permohonan BMT RISDA.

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Manakala, bagi pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

 

Dimaklumkan bahawa pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022. Setiap fasa pula membabitkan pembayara sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Bagi maklumat lengkap dan permohonan secara atas talian BMT, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…