bmt

Bantuan BMT RM800 dibayar sebanyak 4 Fasa tahun ini: Berikut tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BMT

Seperti mana yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM800.

Jumlah itu sekaligus menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM600.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Berdasarkan maklumat pelaksanaan BMT sebelum ini, ia dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran BMT akan dibuat sebanyak empat fasa dalam tempoh empat bulan.

Tarikh pembayaran adalah pada bulan November (Fasa 1), Disember (Fasa 2), Januari (Fasa 3) dan Februari (Fasa 4).

Akan tetapi, maklumat lebih lanjut berkenaan BMT bagi tahun 2023 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…