Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat berterusan, angin kencang, serta ribut petir sering melanda, meningkatkan risiko banjir, tanah runtuh, dan kerosakan harta benda. Bagi penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai, musim ini menjadi satu tempoh yang mencabar kerana kemungkinan besar akan berdepan dengan bencana alam.
Selain kesan fizikal, musim tengkujuh juga membawa impak besar kepada kehidupan seharian. Jalan raya yang dinaiki air boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, sekolah dan tempat kerja terpaksa ditutup, serta gangguan bekalan elektrik dan air. Bagi mereka yang bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan, cuaca buruk boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka, menyebabkan kerugian yang tidak dijangka.
Dalam menghadapi musim tengkujuh, persediaan awal adalah langkah terbaik untuk mengurangkan risiko dan kesan buruk. Antara persiapan yang perlu dilakukan termasuk menyimpan bekalan makanan dan air mencukupi, memastikan dokumen penting disimpan di tempat selamat, serta menyediakan kit kecemasan. Selain itu, mengikuti perkembangan cuaca dan arahan pihak berkuasa juga amat penting bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Walaupun musim tengkujuh tidak dapat dielakkan, kesedaran dan persiapan yang rapi dapat membantu kita menghadapinya dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT merupakan sebuah bantuan tahunan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui RISDA. Bantuan ini melibatkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM800 dan dibayar secara berperingkat.
Pada dasarnya, ia bertujuan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Berikut adalah maklumat syarat-syarat keklayakan BMT:
Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia;
- Penoreh berdaftar dengan RISDA;
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Permohonan BMT
Bagi permohonan BMT, ia boleh dibuat melalui dua kaedah utama iaitu:
Kaedah 1: Portal Pekebun Kecil RISDA (Secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan):
- Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
- Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.
Kaedah 2: Hadir ke Pejabat RISDA (Pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT) :
- Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
- Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
Pembayaran BMT
Kepada yang diluluskan permohonannya, pembayaran BMT dibuat secara berperingkat dengan kadar RM200 setiap peringkat. Ini adalah jadual pembayaran BMT:
- November 2024 – RM200
- Disember 2024 – RM200
- Januari 2025 – RM200
- Februari 2025 – RM200
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi yang hendak membuat semakan kelulusan pemohonan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian di Portal Pekebun Kecil RISDA dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari pautan berikut: pekebunkecil.risda.gov.my
- Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
- Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
- Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.
Bagi maklumat terperinci berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh, sila rujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.