Pendapatan keluarga dalam kategori B40: Ini cara memohon bantuan bulanan RM100 – RM350

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya adalah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Bantuan Am Negeri yang melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 – RM350.

Matlamat utama bantuan ini ialah diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Merujuk kepada pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia pada 10 Julai 2020, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional ialah sebanyak RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan – permohonan Bantuan Am Negeri JKM boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM atau DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…