Bantuan dana sehingga RM30,000 untuk usahawan mikro ~ Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu Industri Mikro di negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Dana Usahawan Mikro Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat.

Melalui program ini, mereka yang layak akan menerima bantuan dana tidak melebihi RM30,000 per rumah atau per syarikat (tertakluk kepada kelulusan).

Berikut adalah maklumat lanjut program berkenaan: –

Definisi Industri Mikro

Industri Mikro yang tertakluk dalam program ini adalah perusahaan yang diusahakan di kampung, pekan ataupun bandar yang telah beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000 dan mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja.

Syarat-syarat kelayakan

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor ATAU telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
  • Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
  • Permohonan di atas nama Persatuan ataupun Pertubuhan tidak akan dipertimbangkan.
  • Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
  • Mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja; Konsisten dari segi pengeluaran.
  • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara atas talian).
  • Pemohon yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan Dana Usahawan Mikro Selangor boleh dibuat di portal rasmi: Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – KLIK SINI.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan di sistem berkenaan adalah tepat dan benar bagi memudahkan urusan permohonan.

Permohonan ini juga dibuka untuk sepanjang tahun dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.

Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan, hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Maklumat lanjut program secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Musim tengkujuh merupakan fenomena tahunan yang membawa hujan lebat, banjir, dan angin kencang, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara…
Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…