Bantuan dari RM100 hingga RM1,000: Ini cara memohon & senarai bantuan kewangan dari iSejahtera

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Antaranya termasuklah melalui iSejahtera yang merupakan inisiatif di bawah kendalian Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Melalui iSejahtera, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan kepada yang berkelayakan.

Senarai Bantuan iSejahtera

1. Program Penghargaan Warga Emas (RM150)

Syarat kelayakan program ini adalah pemohon mestilah berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun semasa mendaftar, serta berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

2. Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100)

Bantuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang. Pemohon juga mestilah telah bercerai atau kematian suami (mempunyai sekurangnya seorang anak) dan tidak berkahwin semula.

3. Program Suri Emas (RM100)

Permohonan program ini masih terbuka kepada warganegara Malaysia dan berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang, tetapi khusus kepada suri rumah yang tiada pendapatan tetap. Pemohon juga mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

4. Program Bantuan OKU (RM150)

Pemohon bagi bantua ini mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan merupakan pengundi di Pulau Pinang.

5. Program Anak Emas (RM200)

Program Anak Emas merupakan sebuah bantuan kewangan ‘one-off’ yang diberikan kepada anak berumumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan. Syaratnya, ibu atau bapa anak tersebut mestilah merupakan warganegara Malaysia dan pengundi di Negeri Pulau Pinang.

6. Khairat Kematian (RM1,000)

Bantuan Khairat Kematian ini turut merupakan bantuan ‘one-off’ di bawah iSejahtera. Bantuan ini diberikan bagi meringankan urusan pengurusan jenazah/kematian sebanyak kepada waris pemohon yang berdaftar.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakanm yang ditetapkan, permohonan bantuan-bantuan di bawah iSejahtera boleh dibuat secara atas talian dengan klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status di portal rasmi iSejahtera – DI SINI.

Pemohon kemudian perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan:

  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan iSejahtera, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Pendidikan adalah kunci kepada pembangunan individu dan kemajuan sesebuah negara. Ia bukan sekadar proses pembelajaran dalam bilik darjah, tetapi melibatkan…
Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…