e-dompet

Bantuan e-Dompet RM300 automatik setiap bulan: Senarai penuh penerima & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Dompet RM300

Bantuan e-Dompet di bawah BINGKAS ini adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka yang memerlukan.

Kadarnya adalah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan. Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Dompet ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Penerima BINGKAS boleh menggunakan bantuan itu bagi membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi tatacara lengkap cara menggunakannya, sila rujuk DI SINI.

Maklumat lebih lengkap boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian (online) boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…