bantuan e-wallet

Bantuan e-Dompet RM300 dikreditkan setiap bulan: Cara memohon & senarai barang yang boleh dibeli

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Dompet

BINGKAS adalah sebuah bantuan dalam bentuk e-Dompet yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka yang memerlukan.

Mereka yang layak dan diluluskan permohonannya akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Dompet ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Penerima BINGKAS boleh menggunakan bantuan itu bagi membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Antara barangan yang boleh dibeli adalah beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon – boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…