e-dompet

Bantuan e-Dompet RM300 dikreditkan setiap bulan: Ini cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BINGKAS ini: –

Bantuan e-Dompet RM300

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah sebuah bantuan dalam bentuk e-Dompet sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada mereka berkelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, BINGKAS boleh dimohon secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon seterusnya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Penerima BINGKAS yang layak dan telah menerima kredit e-Dompet RM300 kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS. Untuk tatacara lengkap cara menggunakannya, sila rujuk DI SINI.

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…