e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 dibayar bulan depan untuk rakyat Malaysia: Tidak perlu memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Semasa berucap di majlis berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai sebanyak RM100.

Bantuan ini nanti akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini dalam kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong pembayaran bantuan e-Tunai ini akan dibuat pada bulan Disember 2023.

Dalam masa sama, bantuan itu bukan sahaja terhad kepada penerima isi rumah penerima, tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…