bantuan e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 kepada seluruh rakyat Malaysia: Syarat-syarat & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan e-Tunai yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan e-Tunai sebanyak RM100.

Bantuan e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pelaksanaan Kredit e-Tunai RM100 ini akan dibuat pada suku ke empat tahun 2023 atau sekitar bulan Oktober nanti.

Berkenaan dengan kaedah menebus bantuan e-Tunai ini, ia berkemungkinan boleh ditebus melalui platform-platform e-Tunai seperti Boost;
Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Akan tetapi, cara tepat penebusan hanya akan dapat diketahui melalui maklumat rasmi akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan pula akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2023.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…