Bantuan e-Tunai RM200 secara “one-off” akan dilaksanakan tak lama lagi: Ini cara menebusnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.

Dalam ucapannya, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Program e-Pemula yang merupakan sebuah bantuan e-Tunai.

Malah, e-Pemula ini menyaksikan penambahbaikan dengan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.

Bantuan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada sekitar 2 juta belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi berumur 21 tahun ke atas.

E-Pemula pada asasnya merupakan sebuah program yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menebus e-Pemula

Seperti mana pelaksanaan e-Pemula sebelum ini, penebusannya boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Penebusan bagaimanapun hanya boleh dibuat sekali sahaja untuk setiap penerima, melalui penyedia perkhidmatan e-tunai terlibat yang dinyatakan.

Program ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2023) selesai Bajet 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan turut meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang membolehkan para belia mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.

Maklumat lengkap bantuan dan inisiatif lain di bawah Bajet 2023 boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…