BINGKAS

Bantuan e-Wallet BINGKAS RM300 setiap bulan diteruskan untuk tahun depan: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang mana telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskannya pada tahun hadapan.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak…” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentang Belanjawan Selangor 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BINGKAS ini: –

Kadar BINGKAS

Kadar BINGKAS yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 berbentuk e-Wallet yang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di pasaraya-pasaraya berdaftar.

Dengan itu, urusan pembelian akan dijalankan secara tanpa tunai (cashless) dan jumlah e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran BINGKAS.

Pemohon seterusnya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…