Bantuan EFS RM1,000 tahun 2022 telah dibuka: Ini senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri, mahupun Persekutuan.

Antaranya termasuklah melalui sebuah inisiatif yang melibatkan pemberian wang sebanyak RM1,000 kepada yang berkelayakan, iaitu dengan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

EFS pada asasnya merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Ia juga bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan EFS:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’;
  • Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran;
  • Bagi kategori anak angkat:
    • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
    • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran EFS boleh dikemukakan di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap iaitu:

  • Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
  • Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

 

Bagi bayi yang dilahirkan di negeri-negeri lain Malaysia, tetapi ibu bapanya atau salah seorangnya pemegang MyKad berstatus ‘K’, pendaftaran EFS boleh dibuat dengan mengemukakan borang permohonan EFS yang diisi lengkap dan dokumen sokongan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh masa setahun dari tarikh kelahiran anak.

Bagi maklumat lengkap berkenaan EFS boleh dilihat DI SINI dan borang pendaftaran boleh dimuat turun DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…