Permohonan akan ditutup pada 1 Jun ini: Ini cara menebus bantuan e-tunai sebanyak RM150

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah melalui Program e-Pemula yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022, Kementerian Kewangan Malaysia.

E-Pemula pada asasnya merupakan bantuan kewangan berbentuk e-tunai sebanyak RM150, dan bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menebus

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti: BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Dimaklumkan juga bahawa setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja – seperti mana yang disenaraikan di atas.

Tempoh tuntutan kredit e-Pemula pula adalah dari 11 April sehingga 1 Jun 2022. Manakala, kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Bagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan e-Pemula ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…