geran pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700: Diberikan kepada B40 secara ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan khusus kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Antaranya adalah melalui bantuan bulanan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan bulanan yang telah diperkenalkan ini: –

Bantuan Geran Pelancaran

Geran Pelancaran adalah salah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kadar RM2,700 secara sekaligus atau ‘one-off’.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga. Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Geran Pelancaran boleh dilaksanakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat. Akan tetapi, dimaklumkan bahawa bantuan ini hanya boleh dimohon boleh mereka yang menjadi kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Jika bukan penerima bantuan bulanan JKM, mereka yang memerlukan boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu. Sekiranya layak, mereka kemudiannya boleh memohon Geran Pelancaran.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Selain bantuan ini, terdapat beberapa lagi bantuan yang diberikan secara ‘one-off’ seperti Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan. Bantuan ini bagi membantun kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Ia juga membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan. Berikutadalah maklumat syarat-syarat kelayakannya:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

 

Kadar bantuan pula adalah mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Jenis-jenis alatan yang ditetapkan seperti berikut: Anggota Palsu, Kerusi Roda, Alat Bantu Pendengaran, Alat-alat Keperluan Lain dan Penggantian / Baik Pulih Alat.

Satu lagi skim adalah Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas yang bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan bagi tujuan memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas.

Binatang buas ialah hidupan liar atau hidupan akuatik yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

Kadar minima yang ditetapkan adalah sebanyak RM200 dan bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian.
Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan dan kategori kecederaan serta jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN/Jabatan Perikanan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan-bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
STR Fasa 4: Maklumat penuh kategori penerima, jumlah dan tarikh pembayaran

STR Fasa 4: Maklumat penuh kategori penerima, jumlah dan tarikh pembayaran

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan (khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana) pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan. Antara yang…