Bantuan Hari Raya

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 Dibayar Minggu Depan: Dikreditkan Automatik Ke Akaun

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga hari penuh kesyukuran, kegembiraan, dan persaudaraan.

Sejak malam raya, takbir berkumandang di masjid dan surau, menandakan berakhirnya Ramadan. Keesokan paginya, umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum bermaafan sesama ahli keluarga dan sanak saudara.

Rumah-rumah dihiasi dengan lampu kelap-kelip, pelita, dan ketupat hiasan. Juadah tradisional seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuih-muih menjadi hidangan utama. Amalan ziarah-menziarahi pula mengeratkan silaturahim, sambil tetamu menerima duit raya sebagai tanda kasih sayang.

Walaupun Hari Raya sinonim dengan kegembiraan, ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan bersyukur, berkongsi rezeki, dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Zakat fitrah yang diwajibkan sebelum Aidilfitri memastikan golongan kurang berkemampuan turut menikmati kemeriahan perayaan.

Di sebalik kegembiraan, Hari Raya juga menjadi masa untuk mengenang mereka yang telah tiada dan merapatkan kembali hubungan yang mungkin terputus. Ia bukan sekadar tentang pakaian baharu atau makanan enak, tetapi tentang mengukuhkan hubungan dan memupuk nilai murni dalam kehidupan.

Dalam masa sama, terdapat juga Kerajaan-Kerajaan Negeri yang memperkenalkan bantuan khas bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju melaksanakan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan ini diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini. Bantuan ini akan melibatkan sekitar 7,066 orang penerima dan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” petikan dari kenyataan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tarikh pembayaran bantuan ini adalah pada 19 Mac 2025 dan dikreditkan secara automatik terus ke akaun penerima. Oleh itu, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik.

Maklumat Tambahan

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar RM200 secara ‘one-off’. Bantuan itu diberikan kepada  lebih 45,000 penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

“Semua kakitangan awam jabatan persekutuan di Negeri Sembilan termasuk tentera, polis, guru dan kakitangan hospital serta klinik kesihatan kerajaan akan mendapat bantuan khas ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada penjawat awam Kerajaan Persekutuan sempena menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Bantuan kewangan ini juga sebagai tanda terima kasih di atas usaha yang dilaksanakan dan membawa banyak kejayaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan walau pun negeri kita ini kecil. Saya ingin mengingatkan bahawa inisitif ini datang dengan tanggungjawab yang lebih besar agar kita terus berusaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Bantuan ini telah pun dibayar kepada setiap penerima yang layak pada 25 Februari 2025 lalu secara automatik.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Perak juga memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran bantuan itu akan dibuat pada 24 Mac 2025 dan melibatkan peruntukan kewangan sekitar RM10 juta kepada kerajaan negeri. Dalam masa sama, BKK Aidilfitri turut diterima ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Besar-Besaran MAIK Sesi Mac 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Besar-Besaran MAIK Sesi Mac 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Pada ketika ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang…
RM100 Dikreditkan Bulan Secara Automatik: Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

RM100 Dikreditkan Bulan Secara Automatik: Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan laporan terkini, kategori ini terdiri daripada individu dan…