IKPP

Bantuan IKPP RM250 dibayar secara ‘one-off’: Pendapatan bawah RM5,000 layak memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan IKPP sebanyak RM250 yang dibayar secara ‘one-off’ kepada mereka berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan IKPP

IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para pasangan pengantin baru di negeri berkenaan.

Kadar IKPP adalah sebanyak RM250 dan akan dibayar secara ‘one-off’ kepada mereka yang permohonannya diluluskan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan insiatif boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

Permohonan itu kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Munakahat Pahang – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Pendapatan isi rumah bawah RM2,586 layak memohon Bantuan Bulanan RM100 - RM1,000 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…
Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 KWSP: Senarai pencarum yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan…